My beloved boutique....

My beloved boutique....
You are inspired!

Monday, March 2, 2009

Motivasi Pagi - Apa rancangan anda?


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Apa khabar semua? Anda mesti menjawab: baik! sangat baik! Bukan apa, kadang2 cara menjawab boleh memberikan perbezaan dan boleh memberikan kita satu semangat dalaman yg kita perlukan utk menempuh hari yg panjang.....

Baiklah. Apa rancangan anda hari ini? Saya pasti bermacam-macam rancangan yg ada dalam kepala anda. Bagus bagi yang dah merancang. Bagi yang belum merancang, masih belum terlambat utk merancang.... Bukan apa, kalau kita rancang, senang kita nak tahu apa yang nak kita buat....Bila kita tak merancang, kadang2 bermacam benda bermain dlm kepala dan dlm banyak situasi, terlalu byk berfikir membuatkan kita tak tau mana satu yang nak didulukan dan dikemudiankan.....

Tak mengapa, kalau tak biasa, inilah masa utk anda belajar merancang hari anda supaya lebih teratur....dan kebiasaannya, utk kali pertama, memang tak jadi perfect, cuma the main idea is untuk membiasakan diri dalam merancang hari anda.....even bagi saya pun masih lagi belajar merancang hari saya, kerana hidup kita bermula dari hari, ke minggu, ke bulan, ke tahun dan seterusnya.....

Jadi mari kita belajar cara untuk merancang hari anda:
- list semua aktiviti yang kita nak buat

Kemudian, dari list tersebut
- tandakan satu (1) pada akitiviti yang PALING PENTING
- tandakan dua (2) pada akitiviti yang SEDERHANA PENTING
- tandakan tiga (3) pada akitiviti yang KURANG PENTING

Berdasarkan list tersebut, anda dapat tahu aktiviti mana yang perlu didulukan dan yang boleh dikemudiankan.

No comments:

Post a Comment