Hampir pukul 12 tengahari, kami tiba di pinggir bandar Pekan. Namun jalan agak sesak; jem satu kilometer dari bandar. Kami ingatkan ada lagi kemalangan, namun sangkaan kami meleset kerana kesesakan ini telah disebabkan oleh jumlah kenderaan yang agak banyak yang ingin memasuki bandar secara serentak. Kesulitan ini ditambah lagi dengan lokasi lampu isyarat yang terletak tidak jauh dari kawasan utama bandar.
Selepas hampir 20 minit ‘melayan’ kesesakan (yang pertama kali kami lalui walau sudah lebih 10 kali lalu di sini tanpa kesesakan), kami pun tiba di pusat bandar Pekan. Stesen minyak Shell menjadi lokasi pertama yang kami tujui untuk top up minyak yang sudah menunjukkan paras separuh (waktu kami bergerak dari JB, kami telah mengisi penuh minyak).
Saya mengambil kesempatan untuk mengambil udara segar setelah duduk di kerusi belakang kereta untuk tempoh lebih dua jam.
‘Perghhh, kejang gak kaki ni duduk lama-lama dalam kereta ni’, kataku sedikit mengeluh.
Saya mendukung baby Izz Iman bersama bersiar-siar di kawasan stesen sementara menunggu Watie mengisi minyak keretanya. Pada waktu ini keadaan agak terang dan tidak hujan. Tapi keadaan di bahu jalan yang sedikit becak menunjukkan yang tadi ada hujan yang telah membasahi muka bumi Pekan ini.
Selesai mengisi minyak, tiba-tiba gerimis turun. Dengan pantas saya berlari membawa masuk anak kecilku bersama masuk kembali ke dalam kereta. Watie menghidupkan enjin dan kami menuju kembali ke jalan utama. Ina (isteriku) sedikit gusar dengan keadaan cuaca yang berubah-ubah ibarat kata pepatah ‘4 musim dalam sehari’. Manakan tidak, kejap hujan, kejap tidak.
Ina risaukan cuaca ini mungkin akan memberi kesan kepada baby Izz Iman yang sedikit sensitif terutama jika sejuk berpanjangan. Namun kami berharap keadaan akan bertambah pulih sepanjang perjalanan ini. Selepas melalui beberapa bangunan terkenal di Bandar Di Raja ini, kami melepasi jambatan yang dibina merentasi sungai Pahang. Jambatan ini baru di perbesarkan beberapa tahun yang lalu selari dengan perkembangan terkini di mana semakin banyak kereta melalui bandar ini. Ini ditambah lagi dengan siapnya lebuhraya ke Kuantan, lebih ramai yang memilih untuk menggunakan laluan Mersing – Kuantan selain laluan Segamat – Kuantan yang semakin di makan usia dan memerlukan kerja baik pulih.
Lebuhraya yang baru siap dalam lingkungan 2-3 tahun ini, biasanya saya boleh memecut laju sehingga 110km/j. Jaraknya cuma dalam 35-40km ke Kuantan sebelum masuk ke laluan utama tepi laut yang akan melalui beberapa Bandar seperti Chukai, Kerteh, Paka, Dungun dan kemudian Marang.
Kami singgah sebentar di sebuah kedai makan di Cherating untuk makan tengahari. Lauknya agak menarik kerana ada telur itik masak lemak. Susah nak cari di Johor makanan unik macam ni. ‘Nyum...nyum...nyum...’, kataku dalam hati. Untuk minuman, saya order air sirap limau ais kesukaanku. Nanti tercekik pula kalau makan tanpa minum air.
Selepas mengisi perut (Alhamdulillah kepada Allah yang memberikan rezekiMu), kami meneruskan perjalanan. Lumrah biasa, bila lewat waktu tengahari dan perut dah kenyang, mata pun mula berat semacam jer. Ku cuba menahannya daripada tertutup tapi ternyata bermimpi itu lebih indah dari menikmati dunia sebenar. Dan aku mula belayar ke tempat yang tiada di dunia. Selamat tinggal duniaku........
Bila tersedar, kami sedang melalui bandar Kerteh. Di sini merupakan antara tempat penapisan minyak terbesar di Malaysia. Boleh nampak dengan jelas silo-silo simpanan minyak yang saiznya setinggi bangunan 10 tingkat tapi berbentuk bulat. Kemudian terdapat banyak paip2 bersaiz gergasi yang panjang dan berselirat yang digunakan untuk menyalurkan minyak ke pelbagai lokasi sebelum minyak boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk kenderaan, mahupun pelincir untuk enjin, antaranya. Banyak lagi sebenarnya produk dari minyak tapi nanti tak cukup muka surat pulak nak bercerita.
Yang saya paling suka bila melalui kawasan ini ialah saya boleh melihat obor besar dari serombong tinggi yang dibina. Saya difahamkan yang ianya adalah produk lebihan yang tidak boleh digunakan dan daripada dibuang menjadi pencemaran pada bumi, jadi ianya dibakar. Tapi bila fikir2 balik, kalau dibakar pun boleh menjadi haba yang mungkin boleh diubah menjadi bahan yang berguna. Mereka saintisnya, saya hanya orang awam, kataku.
Sambil melayan kerenah si kecil Izz Iman, yang kadang2 nak duduk di kerusi belakang bersama mamanya, sempat juga aku melihat jam di tangan yang semakin hampir mendekati jam 4 petang. Tak sabar rasanya nak sampai ke kampung yang jauhnya masih lagi 250km dari lokasi kami sekarang. Mesti sampai saja di sana boleh ON TV dan lepak sambil makan keropok. Dan Izz Iman pasti yang paling teruja bila dapat merangkak satu rumah setelah duduk tanpa ruang yang banyak di dalam kereta lebih dari 12 jam.
Tanpa disedari, kereta yang kami naiki sudah melintasi daerah Marang yang terkenal dengan pantainya dan juga keropok lekornya. Bersepah2 gerai dan kedai yang ada di kiri kanan jalan yang menjual keropok ini. Kalau korang lalu kawasan ni dan tak nampak semua kedai2 ni, saya tak tau nak panggil korang apa. Jadi bila sebut pasal keropok ini, kami pasti singgah di kedai ini, Keropok Lekor Kelulut 008, nama diberi.
Keropok Lekor Kelulut 008 antara tempat yang patut singgah kerana produknya yang terkenal. Rugi jika tak menyinggah di sini. Mesti beli keropok losong yg dijual dengan harga RM5 sepaket sahaja. Kalau tak nak makan, buat gift untuk kawan2 pun sesuai juga. Boleh minta yang dah digoreng mahupun yang direbus (yang boleh simpan lama untuk digoreng di rumah). Kedainya terletak betul2 berdepan dengan tepian laut. Kalau memang nak bercuti di sini, boleh lah ke sini untuk mandi manda.
Kami singgah sekejap sahaja di sini memandangkan masih jauh lagi perjalanan yang perlu kami tempuhi. Kami hanya membeli beberapa bungkus keropok losong goreng kerana yang rebus tidak ada stok yang sudah siap dibungkus.
Sementara menunggu di dalam kereta, saya menukarkan lampin Izz Iman yang sudah agak berat. ‘Nasib baik tak bocor!’ sambil menanggalkan melihat lampin Izz yang amat berat, penuh dengan ‘bahan buangan’.
Selesai menukarkan lampir anakku, Watie meneruskan pemanduan. Katanya masih bertenaga walaupun sudah memandu lebih dari 8 jam. Suka hatilah! Lagi pun ini kereta dia di mana saya dan Ina hanya menumpang untuk pulang beraya di kampung. Selalunya naik keretaku yang bergear automatik. Tapi kalau bawa kereta saya, memang dia tak akan sentuh langsung seterengnya. Tak pandai nak bawa kereta auto katanya.
‘Kalau tak pandai kena belajarlah’, kataku sinis.
Laluan ni agak sibuk sedikit. Banyak kereta dan lori yang menggunakan laluan ini di samping juga bas ekspres. Jadi kadang-kadang, kereta hanya boleh dipandu dengan kelajuan sekitar 70-80 km/j. Nak memotong kenderaan yang agak perlahan pun perlukan kesabaran sebab laluannya hanya selorong (dan selorong dari arah bertentangan). Kalau memandu perlu berhati2 kerana ada juga kes yang tiba-tiba ada binatang peliharan yang melintasi jalan. Kebanyakannya lembu, tapi ada juga kambing dan tak terkecuali kucing.
Dalam lingkungan 6.15 petang, kami tiba di Bandar Kuala Terengganu. Memandangkan sudah hampir 4 jam kami di dalam kereta, kami mencari sebuah stesen minyak yang berdekatan untuk berhenti seketika bagi menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar di bilik solat yang disediakan. Alhamdulillah, dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam. Harapan untuk menjadi mukmin yang taat dan dapat berbakti kepada, diri, keluarga dan bangsa menjadi intipati doaku tadi. Insyaallah, semoga dengan keberkatanNya, kami sekeluarga selamat tiba ke kampung kami yang hanya tinggal 150km dari lokasi kami.
Nampaknya masih perlu 2-3 jam untuk tiba. Izz perlu mandi sebelum malam supaya dia segar dan selesa sepanjang baki perjalanan ini. Jadi kami ambil kesempatan di perhentian ini untuk memandikan anak kecil kami, Izz Iman. Nasib baik juga bilik solat lelaki tiada orang pada waktu itu dan di situ kami menukar pakaian Izz.
Setelah selesaikan menguruskan anak comel, sempat saya singgah sebentar di kedai mini di sini untuk membeli sedikit makanan untuk dijadikan bekal untuk menempuh suku terakhir perjalanan ini. Sebungkus kek, satu pek kecil biskut Chipsmore dan beberapa kotak minuman Yeo’s memenuhi plastik yang saya bawa. Cukup rasanya untuk mengalas perut kami berempat sebelum tiba nanti.
Walaupun mengikut perkiraan jaraknya cuma tinggal 150km. Namun, laluan ini pasti akan melalui kawasan kampung yang pasti akan sedikit sebanyak akan memperlahankan tempo kami. Motor yang lalu lalang, penduduk yang melintas jalan, di tambah lagi dengan ketibaan waktu solat (Maghrib dan Isyak) di mana ada yang dalam perjalanan ke masjid atau surau dan sebaliknya. Kadang2 lori balak yang sarat dengan muatan juga menjadi penghalang dan bukan mudah untuk memotong kenderaan sebegini dengan laluan yang menjanjikan jalan berbukit dan banyak selekoh bak ular yang dipalu.
Yang pasti keselamatan mesti diutamakan walaupun kami ingin cepat sampai ke rumah banglo milik Encik Abdul Rahman dan Puan Aminah. Sepanjang perjalanan kali ini, aku tak banyak berbual tapi Ina yang banyak bercerita tentang masalah di tempat kerjanya. Saya hanya mendengar sambil memegang Izz yang semakin lentok tidur di pangkuanku. Sekali sekala terdengar deruman enjin kereta Watie yang minta lebih petrol untuk memintas lori yang perlahan. Ada juga beberapa ketika Watie yang meninggikan lampu untuk kereta dari arah bertentangan yang kadang2 cuba memotong walau sedar yang kereta kami terlalu dekat dan pasti tidak lepas untuk memotong kenderaan di depannya.
Terasa masa berlalu amat perlahan ketika ini. Hujan yang kadang-kadang menjadi lebat juga memperlahan tempo perjalanan kami. Mungkin agaknya penat sudah menguasai kami dan hanya memikirkan alangkah seronoknya jika sudah tiba. Dalam melayani angan2 itu ditambah kesejukan angin malam dan penghawa dingin yang agak kuat, aku terlelap.
Bila aku terjaga, rupa2 hanya tinggal beberapa kilometer untuk kami tiba ke destinasi terakhir kami. Ina yang perasan aku terjaga terus berseloroh, ‘Ingatkan Izz yang berdengkur tadi’, sambil ketawa kecil. Kami melepasi simpang ke Rantau Panjang yang menandakan kami makin dekat dengan kampung tujuan kami. Walaupun belum tiba, tapi sudah terasa keseronokannya. ‘Akhirnya sampai juga’, kataku di dalam hati.
Kami pusing ke selekoh terakhir, dimana hanya tinggal 2 km sebelum tiba ke rumah mertuaku. Watie memandu perlahan di jalan kampung yang agak gelap kerana hanya terdapat beberapa lampu jalan yang masih berfungsi. Kami melepasi rumah Pak Tengah (adik kepada bapa mertuaku) yang agak sunyi, tapi agak terang dengan lampu dan ruang letak kereta yang baru siap dibina beberapa minggu yang lalu.
Akhirnya setelah lebih 700km memandu meninggalkan JB pagi itu, menempuhi perjalan lebih 14 jam, tepat jam 9.30 malam, kami pun tiba di perkarangan rumah ayah dan mak. ‘Alhamdulillah, selamat tiba’, kataku pada semua. Kami dengan ceria menjejakkan kaki di bumi Jedok, Tanah Merah. Bermulalah detik2 percutian Raya Aidiladha kami di bumi Kelantan yang penuh dengan pemandangan indah.
Jumpa saya di nukilan seterusnya, ‘Raya Qurban Paling Bermakna’.
Andiena Collection
Kami adalah pakar dalam fesyen pakaian terkini untuk wanita. Butik kami ada menjual fesyen terkini seperti baju kurung(traditional/moden), jubah, tudung, blouse, telekung, brooch dll. Kami menerima tempahan online and menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.
Wednesday, October 23, 2013
Thursday, October 17, 2013
Pulang beraya di Kelantan
Raya qurban kali ini kami sekeluarga (pertama kali bersama ahli keluarga yang baru, Andi Izz Iman yang baru berusia 10 bulan) dan juga adik ipar telah berbincang dan bersetuju untuk beraya di Kelantan. Bila tiba hari Jumaat petang, kami semua amat gembira kerana kami tahu bahawa cuti sudah bermula dan dalam masa beberapa jam, kami semua akan berangkat pulang ke kampung halaman. Ini memang saat yang saya amat tunggu2kan kerana perjalanan yang akan mengambil masa lebih 12 jam menempuhi jarak 700km pasti menyeronokkan dengan pemandangan yang amat mengujakan.
Kami sekeluarga bergerak pulang ke Kelantan pada hari Sabtu pukul 7 pagi walau pada mulanya ingin bergerak jam 3-4 pagi selepas berehat dan mengemas. Namun disebabkan isteri yang tidak sihat, yang pitam malam sebelum itu (penat berkemas agaknya), kami hanya bangun pada 5 pagi untuk menghabiskan mengemas barangan. Setelah semua barangan dipunggah masuk ke dalam kereta adik ipar (juga pertama kali balik bersama baby menaiki keretanya), kami pun meninggalkan rumah kami. Dalam perjalanan kami ke Mersing melalui Jalan Jemaluang, kami singgah bersarapan di sebuah gerai tak jauh dari Hutan Lipur Panti. Baru buka agaknya kedai ni sebab tak banyak makanan yang tersedia. Hanya ada Nasi Lemak dan Mee Horeng. Selepas mengambil Nasi lemak yang dicampur sedikit mee goreng (first time buat cam ni), saya duduk sambil order teh tarik.
Sambil makan sempat melayan keletah Izz Iman yang amat suka bila dapat melihat beberapa ekor kucing bergeseran di bawah meja makan kami. Feberet dia ketawa mengekek-ngekek bila jumpa kucing dimana jua. Setelah selesai makan, tepat jam 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh. Sejurus selepas menaiki kereta, hujan rintik-rintik sudah mula kelihatan di cermin kereta.
‘Dah nak masuk musim tengkujuh agaknya’, kataku dalam hati pabila melihat gerimis tadi yang kini bertukar menjadi hujan yang semakin lebat.
‘Adik, memandu tu hati-hati sikit’, pesanku pada Watie.
Air yang membasahi jalan menambah licin diselang-seli dengan jalan yang agak berbukit dan juga penuh selekoh kiri kana. Kurang setengah jam perjalanan kami, sebuah kereta Viva kelihatan menghuni longkang jalan dengan bahagian but terperosok di dalam longkang. Beberapa orang sedang mengerumuni kereta itu dengan seorang dua yang kelihatan agak terpinga-pinga. Mungkin salah seorang darinya yang memandu kereta tersebut. Sekilas pandang nampaknya tiada siapa yang tercedera.
Sedikit peringatan buat Watie agar lebih berhati-hati di sepanjang perjalanan ini. Saya bersyukur bukan kereta kami yang mengalami kemalangan sambil berdoa yang kami akan selamat tiba ke destinasi tujuan tanpa sebarang masalah. Hujan tidak menunjukkan akan reda dalam waktu terdekat. Jalan semakin berbukit-bukit dan selekoh nampaknya semakin tajam.
Selang beberapa kilometer, kelihatan sebuah lagi kereta di sebelah kanan bahu jalan yang mengalami kemalangan. Kali ini kelihatan lebih teruk kerana keretanya terbalik disisi kanan. Modelnya tak dapat dikenalpasti kerana hanya 4 tayar yang menghala ke arah jalan yang dapat dilihat. Meremang bulu roma seketika!!!! Kelihatan ada makhluk yang berdiri di sebelah kereta itu. Rupanya memang tak dapat dilihat jelas kerana hujan yang agak lebat. Dan tiada orang lain yang ada di kawasan itu, berbeza dengan kemalangan pertama tadi. Tak dapat nak dipastikan samada kemalangan ini baru berlaku atau sejak malam tadi lagi.
Tapi kalau malam tadi berlaku, kenapa kereta masih belum dialihkan? Kenapa ada kelibat orang berdiri di sebelah kereta itu? Kalau baru berlaku, kenapa tiada kereta lain yang berhenti sedangkan waktu itu banyak kenderaan lain yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya? Adakah makhluk yang kelihatan itu menjaga keretanya? Atau hanya kami yang nampak ‘kejadian’ kemalangan itu dan orang lain tidak? Terlalu banyak persoalan yang bermain-main di mindaku ketika itu.
Perjalanan diteruskan walaupun kepalaku serabut mencari jawapan yang terus menjadi misteri. Dua kemalangan yang amat berbeza situasi yang mungkin tidak terungkai walaupun kami tiba ke destinasi yang berada 600km dari sini. Hanya doa yang mampu ku iringkan buat mangsa-mangsa kemalangan itu.
Dalam lingkungan 9.30 pagi kami selamat tiba di bandar Mersing. Kami tidak merancang sebarang perhentian tapi disebabkn Izz yang tiba-tiba meragam, kami berhenti seketika di stesen minyak untuk memujuknya, buatkan sebotol susu dan ambilkan selimut kerana mungkin dia kesejukan disebabkan hujan turun yang agak lebat.
Perjalanan kali ini diselang-selikan dengan hujan. Ada tempat yang lebat, ada tempat yang tak ada tanda2 nak hujan langsung. Tapi yang pasti banyak kawasan yang dilanda hujan menandakan musim tengkujuh (hujan) semakin hampir. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan, melalui beberapa pekan kecil; Endau dan Rompin.
Saya tengah bermain2 bersama Izz Iman dan tiba2 terdengar bunyi dentuman yang agak kuat di bahagian depan kereta diikuti kelihatan seekor kambing yang dalam lingkungan setahun jagung tergolek-golek di bahu jalan. Saya terus menjangkakan yang adik ipar, Wati yang ketika itu sedang memandu telah melanggar kambing tersebut. Wati terus memberhentikan kereta dan terus menuju ke arah depan kereta melihat kerosakan disebabkan perlanggaran itu. Agak kuat juga perlanggaran tersebut yang menyebabkan bumper bahagian depan kiri bawah telah pecah dan mudguard agak sedikit longgar.
Watie melihat ke arah kambing yang baru dilanggarnya. Kambing tersebut perlahan-lahan bangun di atas 4 kakinya. Agak terhuyung sedikit, tapi akhirnya Berjaya juga bangun. Alhamdulillah, nasib baik kambingnya masih hidup lagi. Kalau tak menjadi korban nahas jalan raya, 3 hari sebelum raya. Jadi macam dalam cerita, I Know What You Did Last Raya. Hehehehehe...
Selepas melihat keadaan bumper dan merasakan yang Selamat untuk meneruskan perjalanan, kami pun kembali menaiki kereta dan meneruskan perjalan ke destinasi seterusnya.
Tunggu untuk coretan seterusnya......
Sila beri komen anda di ruangan di bawah. Terima kasih.☆★☆
Hasil nukilan Andi Fauzi
facebook.com/andienacollection

Monday, October 7, 2013
Sejarah Andiena Collection
Our History
Andiena Collection ditubuhkan sejak 2008 oleh Andi Mohd Fauzi dan Zalina dimana kami memasarkan produk tudung bawal yang dibawa khas dari Kelantan. Perniagaan kami sebenarnya bermula apabila setiap kali balik ke kampung kami, pasti ada rakan sekerja yang akan minta kami belikan tudung. Memandangkan ada permintaan, dengan menggunakan duit bonus, kami mula ambil sedikit stok untuk di bawa balik ke tempat kerja.
Pelanggan2 kami terdiri dari rakan2 sekerja, guru, engineer, operator dan juga keluarga mereka. Alhamdulillah perniagaan dari rumah yang kami jalankan mendapat sambutan ketika itu sehingga selalu tidak cukup stok yang kami edarkan dan sehingga kami terpaksa ambil order berdasarkan warna dan design yang mereka inginkan.
Berdasarkan sedikit pengalaman yang kami ada dan juga sokongan serta cadangan dari saudara keluarga, kami beranikan diri untuk membuka booth PERTAMA raya kami di Plaza Angsana JB pada tahun 2009. Kami memasarkan pelbagai produk dari tudung, selendang, baju kurung moden & traditional, baju melayu, samping dan juga pakaian kanak2. Alhamdulillah, perniagaan kami membuahkan hasil dan kami amat bersyukur kepada Allah dimana kami mampu mendapat pulangan yang setimpal walaupun hanya berniaga untuk tempoh 2 bulan sahaja.
Pada tahun berikutnya (2010) kami membuat perancangan rapi di mana kami membuka 2 booth promosi bersempena raya di Plaza Angsana (JB) dan juga Danga City Mall (JB). Pelbagai cabaran yang kami tempuhi dari ingin mencari pekerja, pengangkutan, tempat tinggal, sususan shift dan 1001 masalah lain. Kami berjaya mencari 5 orang pekerja sehari sebelum booth dibuka! Yohooo....
Walaupun kami tak dapat mencapai target yang telah kami sasarkan, kami bersyukur kerana pengalaman yang berharga ini mempunyai nilai yang tidak kami boleh dapat samakan dengan yang sebelumnya. Kami pasti sedikit sebanyak pengalaman ini pasti mendewasakan kami dalam bidang perniagaan dan boleh kami gunakan di masa akan datang.
“Kegagalan itu sebahagian dari kejayaan”.
Apabila kami telah melangkah, kami tidak lagi menoleh ke belakang. Pada akhir tahun 2010, dengan izinNYA, kami telah berjaya membuka butik pertama kami di Danga City Mall, JB. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana perasaan kami apabila berjaya membuka butik kami sendiri setelah bersusah payah mencari lokasi terbaik untuk meneruskan cita2 kami meluaskan empayar perniagaan kami. Ini diikuti pula dengan pembukaan butik kedua di Plaza Angsana, JB 3 bulan selepas itu. Jika sebelum ini kami hanya menjalankan perniagaan kami berdua, kini kami mempunyai 4 orang staff yang ditugaskan menjaga dan dalam masa sama bekerja sebagai jurujual. Di sinilah kami lebih banyak belajar selok belok menjalankan perniagaan; memilih pekerja, motivasi, pengurusan kewangan, stok, masa, promosi, persaingan, menjaga pelanggan dan banyak lagi. Pengalaman ini amat bermakna dan serba sedikit membantu kami untuk bertahan walau dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang hadir.
Pada tahun 2011, untuk promosi Raya, kami mempunyai 4 cawangan (dua di Plaza Angsana, dan dua di Danga City Mall DCM)) dimana kami menggajikan seramai 7 orang pekerja utk memantau perkembangan dan jualan semua cawangan kami. Walaupun kami membuat lebih lokasi berbanding tahun lalu, jualan kami mula merundum dan tidak dapat mencapai target sasaran yang ditetapkan. Salah satu punca keadaan ini berlaku ialah pasaran yang semakin hebat dengan kenaikan harga barang yang agak mendadak dan ekonomi pelanggan yang tidak stabil. Lebih memburukkan keadaan, isteri (Pn Zalina) yang terlantar sakit kerana masalah Slip Disk yang berulang juga mengganggu fokus perniagaan kami. Pn Zalina memerlukan jagaan rapi dan bantuan untuk menjalankan kerja harian. Selepas raya, jualan di DCM juga semakin merundum memaksa kami menutup cawangan ini dan memberikan sepenuh perhatian untuk cawangan kami di Plaza Angsana.
Pada tahun 2012, kami mula memasarkan produk kami secara online melalui medium facebook page kami (facebook.com/andienacollection). Jualan agak memberangsangkan berterusan hingga hari raya pada tahun tersebut. Pada promosi raya kali ini, kami tidak membuka booth disebabkan masalah modal. Kami hanya mengharapkan butik tunggal kami di Plaza Angsana untuk membuat promosi hari raya. Sekali lagi jualan tidak menepati jangkaan dan kami semakin teruk berada dalam masalah kewangan. Tapi kami meneruskan perniagaan kami dengan harapan akan ada perubahan yang membolehkan kami survive dalam perniagaan ini untuk tempoh masa yang lebih lama. Dalam masa yang sama, Pn Zalina sudah semakin sarat mengandung dan pada kemuncaknya, pada September Pn Zalina mengalami pendarahan yang memerlukannya untuk berehat panjang dari menjalankan tugasan kerjaya atas nasihat doktor pakar untuk memastikan kandungan dapat diteruskan sehingga tempoh kelahiran. Alhamdulillah pada tarikh 12 Dis 2012, lahirlah zuriat kami yang sulong yang diberi nama Andi Izz Iman. Segala-galanya berubah, masa tidur, ambil cuti tambahan untuk menguruskan bayi yang tidak sihat dll.
Tahun ini, 2013 bukanlah satu tahun yang diingati kerana perniagaan butik kami terpaksa ditutup kerana masalah kewangan yang meruncing disebabkan jualan yang menurun dan juga fokus yang terpaksa diberikan pada anak kecil yang memerlukan jagaan rapi.
Namun, kami masih meneruskan perniagaan butik secara online yang kami mulakan sejak 2012 kerana kami percaya perniagaan online juga boleh mendatangkan hasil yang lumayan jika kami mempunyai sistem yang bersesuaian. Dari kami memulakan perniagaan di tahun 2008 hingga sekarang, kami sebenarnya masih bekerja di syarikat swasta dan kerajaan. Kami percaya satu hari nanti kami boleh menumpukan sepenuh masa pada perniagaan kami kerana kami tahu 90% punca pendapatan datangnya dari perniagaan. Segala dugaan dan cabaran yang kami lalui mendewasakan kami dan kami pasti dengan usaha dan izin Allah, kami akan kembali dengan lebih cawangan dan perniagaan dalam pelbagai bidang. Kami mahu Melayu menjadi tunjang ekonomi di Malaysia dan pasti kami juga ingin membantu rakan2 lain berjaya dlm bidang ini. Amin.
Nukilan untuk perkongsian.
Andi & Ina
Pengasas Andiena Collection
017-779 7900 /7879
facebook.com/andienacollection
Wednesday, July 6, 2011
Raya menjelma lagi!
Assalamualaikum,
Masanya telah tiba, Hari Raya bakal menjelma.
Bersempena dengan Hari Raya yang akan disambut hujung bulan Ogos ini, kami telah menambah beberapa booth utk kemudahan ANDA sebagai pelanggan kami utk mendapatkan keperluan hari raya ANDA. Kami menyediakan pelbagai pilihan Baju Melayu, Baju Kurung, Jubah, Tudung, Kain Samping, Selendang dll.

Jadi tunggu apa lagi?
Raya 2 bulan lagi, kenapa SAYA perlu berbelanja SEKARANG?
Lebih cepat ANDA datang SEKARANG, lebih banyak PILIHAN yang ANDA ada.
Apa lagi yang ISTIMEWA di butik kami?
Utk belian RM50, ANDA layak utk menyertai 1 Malaysia Lucky Draw Contest.
Layari www.1malaysialuckydrawcontest.com utk maklumat lanjut.
Apa HADIAHnya?
Sebuah Proton Inspira bakal menjadi milik ANDA. JANGAN lepaskan peluang ini istimewa ini. Lagi banyak ANDA berbelanja, LAGI BANYAK peluang ANDA utk MENANG.
Buat keputusan ANDA. Kami tunggu ANDA di sana!
Kunjungi cawangan kami di bawah:-
Plaza Angsana, Tingkat 5 (dari Angsana Bowling, kedai no 5 sebelah kiri)
Plaza Angsana, Tingkat 3 (dari kedai buku BADAN, booth terletak di antara escalator dan tangga, berdekatan dgn kedai Turkuaz)
Danga City Mall, Tingkat 2 (lot L2-12)
Danga City Mall, Ground Floor (berdepan Pintu Masuk Utama) - mula beroperasi 16 Jul 2011 (Sabtu)
Terima kasih kerana sokongan ANDA selama ini.
Butik Andiena Collection
1-STOP MUSLIMAH FASHION CENTRE
Web: www.andienacollection.com
Facebook: Andiena Collection
Email: admin@andienacollection.com
H/P: 017-779 7900 (Andi)

Thursday, May 19, 2011
One Hundred One Wishlist (part 9)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah saya masih mampu menyambung apa yang ingin saya IMPIKAN supaya saya sentiasa ingat dan mampu capai di masa hadapan. Anda bagaimana? Anda ada impian? Kongsilah bersama saya.

73) Membelikan Abah kereta Peugeot/Volkswagen
Saya tahu jenama ni merupakan antara kereta terawal Abah beli dulu-dulu. Jadi sebagai seorang anak yang ingin mengingati nostalgia Abah waktu muda2 dulu, ingin menghadiahkan Abah sebuah kereta sebagai tanda TERIMA KASIH yg tak terhingga kerana membesarkan saya hingga menjadi manusia. ABAH, you are my MAN!
74) Membelikan Mama beg jenama Louis Vuitton
Tidak ketinggalan utk Mama, ingin menghadiahkan sepasang beg LV sempena dengan jasa Mama yang telah melahirkan dan mendidik saya sehingga kini. I LOVE you MAMA!

75) Memberi hadiah cincin berlian kpd isteri
Waktu kahwin dulu memang dah belikan cincin, tapi setelah 8 tahun bersama, apa salahnya say ingin menghadiahkan sebentuk lagi cincin berlian sebagai penghargaan kepada isteriku Zalina yang telah bersama selama ini menempuh suka duka. Tanpamu aku mungkin tak mampu berdiri SENDIRI!
76) Membuat majlis kesyukuran besar setiap tahun
Selain keluarga, kita juga perlu mengingati mereka yang lain yang telah memberi sokongan dalam apa jua bentuk. Jadi sebagai penghargaan, saya ingin menjemput mereka untuk bersama ke majlis kesyukuran yang pasti ISTIMEWA dgn hidangan daripada 2 ekor lembu yang disembelih bersama beberapa ekor kambing panggang sebagai hidangan SPECIAL. Jemput datang!

77) Melancarkan tabungan utk pelajar
Tabungan ini ialah satu bentuk bantuan saya utk sekolah-sekolah yang pernah saya hadiri sepanjang hidup saya dari sekolah tadika sehingga ke universiti. Duit dari tabungan ini akan saya berikan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan mahupun pihak pentadbiran. Saya pasti ini yang saya mampu lakukan sebagai tanda jutaan terima kasih kerana tanpa institusi2 ini, saya tak mungkin berada di mana saya berdiri ketika ini.
Sebenarnya dengan berIMPIAN, kita cuba utk 'korek' ke dalam diri kita dan bertanya 'Apa yang kita mahukan?'. Dengan cara ini, kita dapat melihat potensi diri dan juga menjelajah apa kemampuan manusia yang sebenar. Dan insyaallah, kita mampu menjadikan ianya satu realiti. Jumpa anda di sesi akan datang.
Saya doakan ANDA KAYA & BERJAYA!

Tuesday, May 17, 2011
Impian-ku (8th ed)
Assalamualaikum,
Saya ingin sambung Impian saya sehingga cukup 101 semuanya. Kemudian, saya akan tanam dalam minda supaya ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti. AMIN.

68) Memiliki IPad 2 terkini
Semua org cuba utk memiliki gajet terkini utk tidak ketinggalan dalam dunia serba moden. Saya juga mahukannya.
69) Memiliki handphone canggih, IPhone 5
Abg kepada IPad ini juga menjadi idaman saya dalam waktu terdekat. Insyaallah.

70) Mempunyai koleksi barangan perabut terkenal Fendi
Ini tak boleh tidak kena ada. Kebanyakan rumah mewah memiliki brand ni. Saya tak mahu ketinggalan.
71) Mempunyai mesin kad kredit / bankard di semua cawangan butik
Ini adalah kemudahan yang belum ada di butik saya. Saya akan pastikan ini juga ada lebih2 lagi RAYA dah makin dekat ni.

72) Memiliki build-in akuarium di salah satu sudut di dalam rumah
Dulu waktu mula2 kerja, saya suka membela ikan. Tapi sejak kematian ikan2 tu, tiba-tiba hilang semangat utk terus membela ikan. Jadi saya ingin sambung balik hobi saya ini kerana ia merupakan satu ketenangan di rumah lebih2 lagi bila balik rumah dan rasa amat penat. Ikan2 ini boleh memberi ketenangan kepada kita.
Sampai di sini saja yang mampu saya kongsikan dengan semua. Emmm, susah juga sebenarnya nak cukupkan jumlah impian jadi 101 ini. Namun saya belum mengalah lagi. Jumpa di lain waktu.

Thursday, May 5, 2011
101 Impian (siri 7)
Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Di harap semuanya dlm keadaan yg sihat semoga dapat menunaikan apa yg telah dirancang hari ini dan hari-hari mendatang.
Saya ingin menyambung luahan peribadi mengenai apa yang ingin saya capai sepanjang hidup saya. Semoga doa dan impian saya menjadi kenyataan dengan izin Allah yg Maha Esa, Amin. Walaupun tugasan ini sepatutnya berakhir hujung bulan April yg lalu, tapi saya akan teruskan ia sehingga saya dapat menyenaraikan kesemua 101 impian saya. Insyaallah.
56) Mempunyai perpustakaan peribadi
Ia terletak di rumah/banglo yg saya miliki. Salah satu ruang akan diubahsuai agar boleh menempatkan perpustakaan utk kegunaan keluarga mahu pun kawan-kawan.

57) Memiliki koleksi kereta Mini klasik dan moden
Ini sudah lama saya impikan dan saya akan pastikan impian ini menjadi kenyataan.
58) Memiliki kereta Volkswagen Bettle klasik dan moden
Impian ini mempunyai sentimental value kerana ia merupakan kereta pertama Abah. Jadi saya ingin teruskan memiliki kereta ini sebagai ingatan saya kepada Abah. I love you Abah.

59) Memiliki mini masjid di kawasan rumah
Saya terdetik utk memiliki masjid ini selepas saya menonton rancangan Astana yg menunjukkan 'Istana' Dato Stapa. Saya juga mampu utk membina masjid ini di rumah saya utk kegunaan keluarga dan pengunjung.
60) Memiliki motosikal Harley Davidson
Saya mempunyai lesen motosikal tetapi jarang digunakan kerana tidak memiliki motor. Namun ia bukan penghalang utk saya memiliki motor sendiri utk saya menjelajah ke seluruh pelusuk M'sia.

61) Memiliki kelab peminat utk produk yg dikeluarkan oleh syarikat sendiri
Maknanya produk saya mempunyai peminatnya yang tersendiri.
62) Mengikuti kelas renang
Wow! Dulu waktu belajar ada juga mengikuti kelas ni namun tak habis belajar. Memikirkan keselamatan diri sendiri dan juga orang-orang di sekeliling, jadi saya perlukan ilmu pengetahuan mengenai renang.

63) Mengikuti kelas skuba diving
Lautan merupakan satu kawasan yang amat cantik dan unik dan amat rugi kiranya tidak dapat melihat dengan mata sendiri.
64) Mempelajari dan menguasai ilmu silat
Saya tidak berkesempatan utk mendalami ilmu ini di waktu muda. Namun usia bukan penghalang utk meneruskan menimba ilmu. Ha'it!

65) Mempelajari dan menguasai kelas taekwando
Satu sukan yang amat menarik utk dipelajari samada utk pertahanan diri mahu pun dari segi kesihatan.
66) Gim peribadi
Kesihatan merupakan satu perkara yang saya titik beratkan. Jadi salah satu cara utk mengekalkannya ialah dengan bersenam atau membuat aktiviti di gim. Dengan memiliki gim peribadi di rumah, saya dalam melakukan aktiviti terbabit di rumah bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

67) Pelatih gim peribadi
Pelengkap kepada gim, saya memerlukan pelatih supaya saya boleh belajar dengan cara yang betul utk mengelakkan kecederaan mahupun malapetaka yang tidak diingini.
Itu saja buat masa ini, mungkin masa agak cemburu dengan saya. Jumpa saya di masa akan datang dengan lebih impian menarik. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)