Saya ingin sambung Impian saya sehingga cukup 101 semuanya. Kemudian, saya akan tanam dalam minda supaya ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti. AMIN.
68) Memiliki IPad 2 terkini
Semua org cuba utk memiliki gajet terkini utk tidak ketinggalan dalam dunia serba moden. Saya juga mahukannya.
Abg kepada IPad ini juga menjadi idaman saya dalam waktu terdekat. Insyaallah.
70) Mempunyai koleksi barangan perabut terkenal Fendi
Ini tak boleh tidak kena ada. Kebanyakan rumah mewah memiliki brand ni. Saya tak mahu ketinggalan.
Ini adalah kemudahan yang belum ada di butik saya. Saya akan pastikan ini juga ada lebih2 lagi RAYA dah makin dekat ni.
72) Memiliki build-in akuarium di salah satu sudut di dalam rumah
Dulu waktu mula2 kerja, saya suka membela ikan. Tapi sejak kematian ikan2 tu, tiba-tiba hilang semangat utk terus membela ikan. Jadi saya ingin sambung balik hobi saya ini kerana ia merupakan satu ketenangan di rumah lebih2 lagi bila balik rumah dan rasa amat penat. Ikan2 ini boleh memberi ketenangan kepada kita.
Sampai di sini saja yang mampu saya kongsikan dengan semua. Emmm, susah juga sebenarnya nak cukupkan jumlah impian jadi 101 ini. Namun saya belum mengalah lagi. Jumpa di lain waktu.
No comments:
Post a Comment