Apa khabar semua? Di harap semuanya dlm keadaan yg sihat semoga dapat menunaikan apa yg telah dirancang hari ini dan hari-hari mendatang.
Saya ingin menyambung luahan peribadi mengenai apa yang ingin saya capai sepanjang hidup saya. Semoga doa dan impian saya menjadi kenyataan dengan izin Allah yg Maha Esa, Amin. Walaupun tugasan ini sepatutnya berakhir hujung bulan April yg lalu, tapi saya akan teruskan ia sehingga saya dapat menyenaraikan kesemua 101 impian saya. Insyaallah.
Ia terletak di rumah/banglo yg saya miliki. Salah satu ruang akan diubahsuai agar boleh menempatkan perpustakaan utk kegunaan keluarga mahu pun kawan-kawan.
57) Memiliki koleksi kereta Mini klasik dan moden
Ini sudah lama saya impikan dan saya akan pastikan impian ini menjadi kenyataan.
Impian ini mempunyai sentimental value kerana ia merupakan kereta pertama Abah. Jadi saya ingin teruskan memiliki kereta ini sebagai ingatan saya kepada Abah. I love you Abah.
59) Memiliki mini masjid di kawasan rumah
Saya terdetik utk memiliki masjid ini selepas saya menonton rancangan Astana yg menunjukkan 'Istana' Dato Stapa. Saya juga mampu utk membina masjid ini di rumah saya utk kegunaan keluarga dan pengunjung.
Saya mempunyai lesen motosikal tetapi jarang digunakan kerana tidak memiliki motor. Namun ia bukan penghalang utk saya memiliki motor sendiri utk saya menjelajah ke seluruh pelusuk M'sia.
61) Memiliki kelab peminat utk produk yg dikeluarkan oleh syarikat sendiri
Maknanya produk saya mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Wow! Dulu waktu belajar ada juga mengikuti kelas ni namun tak habis belajar. Memikirkan keselamatan diri sendiri dan juga orang-orang di sekeliling, jadi saya perlukan ilmu pengetahuan mengenai renang.
63) Mengikuti kelas skuba diving
Lautan merupakan satu kawasan yang amat cantik dan unik dan amat rugi kiranya tidak dapat melihat dengan mata sendiri.
Saya tidak berkesempatan utk mendalami ilmu ini di waktu muda. Namun usia bukan penghalang utk meneruskan menimba ilmu. Ha'it!
65) Mempelajari dan menguasai kelas taekwando
Satu sukan yang amat menarik utk dipelajari samada utk pertahanan diri mahu pun dari segi kesihatan.
Kesihatan merupakan satu perkara yang saya titik beratkan. Jadi salah satu cara utk mengekalkannya ialah dengan bersenam atau membuat aktiviti di gim. Dengan memiliki gim peribadi di rumah, saya dalam melakukan aktiviti terbabit di rumah bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
67) Pelatih gim peribadi
Pelengkap kepada gim, saya memerlukan pelatih supaya saya boleh belajar dengan cara yang betul utk mengelakkan kecederaan mahupun malapetaka yang tidak diingini.
Itu saja buat masa ini, mungkin masa agak cemburu dengan saya. Jumpa saya di masa akan datang dengan lebih impian menarik. Wassalam.
No comments:
Post a Comment