My beloved boutique....

My beloved boutique....
You are inspired!

Thursday, May 19, 2011

One Hundred One Wishlist (part 9)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya masih mampu menyambung apa yang ingin saya IMPIKAN supaya saya sentiasa ingat dan mampu capai di masa hadapan. Anda bagaimana? Anda ada impian? Kongsilah bersama saya.

73) Membelikan Abah kereta Peugeot/Volkswagen
Saya tahu jenama ni merupakan antara kereta terawal Abah beli dulu-dulu. Jadi sebagai seorang anak yang ingin mengingati nostalgia Abah waktu muda2 dulu, ingin menghadiahkan Abah sebuah kereta sebagai tanda TERIMA KASIH yg tak terhingga kerana membesarkan saya hingga menjadi manusia. ABAH, you are my MAN!

74) Membelikan Mama beg jenama Louis Vuitton
Tidak ketinggalan utk Mama, ingin menghadiahkan sepasang beg LV sempena dengan jasa Mama yang telah melahirkan dan mendidik saya sehingga kini. I LOVE you MAMA!

75) Memberi hadiah cincin berlian kpd isteri
Waktu kahwin dulu memang dah belikan cincin, tapi setelah 8 tahun bersama, apa salahnya say ingin menghadiahkan sebentuk lagi cincin berlian sebagai penghargaan kepada isteriku Zalina yang telah bersama selama ini menempuh suka duka. Tanpamu aku mungkin tak mampu berdiri SENDIRI!

76) Membuat majlis kesyukuran besar setiap tahun
Selain keluarga, kita juga perlu mengingati mereka yang lain yang telah memberi sokongan dalam apa jua bentuk. Jadi sebagai penghargaan, saya ingin menjemput mereka untuk bersama ke majlis kesyukuran yang pasti ISTIMEWA dgn hidangan daripada 2 ekor lembu yang disembelih bersama beberapa ekor kambing panggang sebagai hidangan SPECIAL. Jemput datang!

77) Melancarkan tabungan utk pelajar
Tabungan ini ialah satu bentuk bantuan saya utk sekolah-sekolah yang pernah saya hadiri sepanjang hidup saya dari sekolah tadika sehingga ke universiti. Duit dari tabungan ini akan saya berikan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan mahupun pihak pentadbiran. Saya pasti ini yang saya mampu lakukan sebagai tanda jutaan terima kasih kerana tanpa institusi2 ini, saya tak mungkin berada di mana saya berdiri ketika ini.

Sebenarnya dengan berIMPIAN, kita cuba utk 'korek' ke dalam diri kita dan bertanya 'Apa yang kita mahukan?'. Dengan cara ini, kita dapat melihat potensi diri dan juga menjelajah apa kemampuan manusia yang sebenar. Dan insyaallah, kita mampu menjadikan ianya satu realiti. Jumpa anda di sesi akan datang.

Saya doakan ANDA KAYA & BERJAYA!

No comments:

Post a Comment