Raya qurban kali ini kami sekeluarga (pertama kali bersama ahli keluarga yang baru, Andi Izz Iman yang baru berusia 10 bulan) dan juga adik ipar telah berbincang dan bersetuju untuk beraya di Kelantan. Bila tiba hari Jumaat petang, kami semua amat gembira kerana kami tahu bahawa cuti sudah bermula dan dalam masa beberapa jam, kami semua akan berangkat pulang ke kampung halaman. Ini memang saat yang saya amat tunggu2kan kerana perjalanan yang akan mengambil masa lebih 12 jam menempuhi jarak 700km pasti menyeronokkan dengan pemandangan yang amat mengujakan.
Kami sekeluarga bergerak pulang ke Kelantan pada hari Sabtu pukul 7 pagi walau pada mulanya ingin bergerak jam 3-4 pagi selepas berehat dan mengemas. Namun disebabkan isteri yang tidak sihat, yang pitam malam sebelum itu (penat berkemas agaknya), kami hanya bangun pada 5 pagi untuk menghabiskan mengemas barangan. Setelah semua barangan dipunggah masuk ke dalam kereta adik ipar (juga pertama kali balik bersama baby menaiki keretanya), kami pun meninggalkan rumah kami.
Dalam perjalanan kami ke Mersing melalui Jalan Jemaluang, kami singgah bersarapan di sebuah gerai tak jauh dari Hutan Lipur Panti. Baru buka agaknya kedai ni sebab tak banyak makanan yang tersedia. Hanya ada Nasi Lemak dan Mee Horeng. Selepas mengambil Nasi lemak yang dicampur sedikit mee goreng (first time buat cam ni), saya duduk sambil order teh tarik.
Sambil makan sempat melayan keletah Izz Iman yang amat suka bila dapat melihat beberapa ekor kucing bergeseran di bawah meja makan kami. Feberet dia ketawa mengekek-ngekek bila jumpa kucing dimana jua. Setelah selesai makan, tepat jam 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh. Sejurus selepas menaiki kereta, hujan rintik-rintik sudah mula kelihatan di cermin kereta.
‘Dah nak masuk musim tengkujuh agaknya’, kataku dalam hati pabila melihat gerimis tadi yang kini bertukar menjadi hujan yang semakin lebat.
‘Adik, memandu tu hati-hati sikit’, pesanku pada Watie.
Air yang membasahi jalan menambah licin diselang-seli dengan jalan yang agak berbukit dan juga penuh selekoh kiri kana. Kurang setengah jam perjalanan kami, sebuah kereta Viva kelihatan menghuni longkang jalan dengan bahagian but terperosok di dalam longkang. Beberapa orang sedang mengerumuni kereta itu dengan seorang dua yang kelihatan agak terpinga-pinga. Mungkin salah seorang darinya yang memandu kereta tersebut. Sekilas pandang nampaknya tiada siapa yang tercedera.
Sedikit peringatan buat Watie agar lebih berhati-hati di sepanjang perjalanan ini. Saya bersyukur bukan kereta kami yang mengalami kemalangan sambil berdoa yang kami akan selamat tiba ke destinasi tujuan tanpa sebarang masalah.
Hujan tidak menunjukkan akan reda dalam waktu terdekat. Jalan semakin berbukit-bukit dan selekoh nampaknya semakin tajam.
Selang beberapa kilometer, kelihatan sebuah lagi kereta di sebelah kanan bahu jalan yang mengalami kemalangan. Kali ini kelihatan lebih teruk kerana keretanya terbalik disisi kanan. Modelnya tak dapat dikenalpasti kerana hanya 4 tayar yang menghala ke arah jalan yang dapat dilihat.
Meremang bulu roma seketika!!!!
Kelihatan ada makhluk yang berdiri di sebelah kereta itu. Rupanya memang tak dapat dilihat jelas kerana hujan yang agak lebat. Dan tiada orang lain yang ada di kawasan itu, berbeza dengan kemalangan pertama tadi. Tak dapat nak dipastikan samada kemalangan ini baru berlaku atau sejak malam tadi lagi.
Tapi kalau malam tadi berlaku, kenapa kereta masih belum dialihkan? Kenapa ada kelibat orang berdiri di sebelah kereta itu? Kalau baru berlaku, kenapa tiada kereta lain yang berhenti sedangkan waktu itu banyak kenderaan lain yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya? Adakah makhluk yang kelihatan itu menjaga keretanya? Atau hanya kami yang nampak ‘kejadian’ kemalangan itu dan orang lain tidak? Terlalu banyak persoalan yang bermain-main di mindaku ketika itu.
Perjalanan diteruskan walaupun kepalaku serabut mencari jawapan yang terus menjadi misteri. Dua kemalangan yang amat berbeza situasi yang mungkin tidak terungkai walaupun kami tiba ke destinasi yang berada 600km dari sini. Hanya doa yang mampu ku iringkan buat mangsa-mangsa kemalangan itu.
Dalam lingkungan 9.30 pagi kami selamat tiba di bandar Mersing. Kami tidak merancang sebarang perhentian tapi disebabkn Izz yang tiba-tiba meragam, kami berhenti seketika di stesen minyak untuk memujuknya, buatkan sebotol susu dan ambilkan selimut kerana mungkin dia kesejukan disebabkan hujan turun yang agak lebat.
Perjalanan kali ini diselang-selikan dengan hujan. Ada tempat yang lebat, ada tempat yang tak ada tanda2 nak hujan langsung. Tapi yang pasti banyak kawasan yang dilanda hujan menandakan musim tengkujuh (hujan) semakin hampir.
Kami meneruskan perjalanan ke Pekan, melalui beberapa pekan kecil; Endau dan Rompin.
Saya tengah bermain2 bersama Izz Iman dan tiba2 terdengar bunyi dentuman yang agak kuat di bahagian depan kereta diikuti kelihatan seekor kambing yang dalam lingkungan setahun jagung tergolek-golek di bahu jalan. Saya terus menjangkakan yang adik ipar, Wati yang ketika itu sedang memandu telah melanggar kambing tersebut. Wati terus memberhentikan kereta dan terus menuju ke arah depan kereta melihat kerosakan disebabkan perlanggaran itu. Agak kuat juga perlanggaran tersebut yang menyebabkan bumper bahagian depan kiri bawah telah pecah dan mudguard agak sedikit longgar.
Watie melihat ke arah kambing yang baru dilanggarnya. Kambing tersebut perlahan-lahan bangun di atas 4 kakinya. Agak terhuyung sedikit, tapi akhirnya Berjaya juga bangun. Alhamdulillah, nasib baik kambingnya masih hidup lagi. Kalau tak menjadi korban nahas jalan raya, 3 hari sebelum raya. Jadi macam dalam cerita, I Know What You Did Last Raya. Hehehehehe...
Selepas melihat keadaan bumper dan merasakan yang Selamat untuk meneruskan perjalanan, kami pun kembali menaiki kereta dan meneruskan perjalan ke destinasi seterusnya.
Tunggu untuk coretan seterusnya......
Sila beri komen anda di ruangan di bawah. Terima kasih.☆★☆
Hasil nukilan Andi Fauzi
facebook.com/andienacollection
No comments:
Post a Comment