Our History
Andiena Collection ditubuhkan sejak 2008 oleh Andi Mohd Fauzi dan Zalina dimana kami memasarkan produk tudung bawal yang dibawa khas dari Kelantan. Perniagaan kami sebenarnya bermula apabila setiap kali balik ke kampung kami, pasti ada rakan sekerja yang akan minta kami belikan tudung. Memandangkan ada permintaan, dengan menggunakan duit bonus, kami mula ambil sedikit stok untuk di bawa balik ke tempat kerja.
Pelanggan2 kami terdiri dari rakan2 sekerja, guru, engineer, operator dan juga keluarga mereka. Alhamdulillah perniagaan dari rumah yang kami jalankan mendapat sambutan ketika itu sehingga selalu tidak cukup stok yang kami edarkan dan sehingga kami terpaksa ambil order berdasarkan warna dan design yang mereka inginkan.
Berdasarkan sedikit pengalaman yang kami ada dan juga sokongan serta cadangan dari saudara keluarga, kami beranikan diri untuk membuka booth PERTAMA raya kami di Plaza Angsana JB pada tahun 2009. Kami memasarkan pelbagai produk dari tudung, selendang, baju kurung moden & traditional, baju melayu, samping dan juga pakaian kanak2. Alhamdulillah, perniagaan kami membuahkan hasil dan kami amat bersyukur kepada Allah dimana kami mampu mendapat pulangan yang setimpal walaupun hanya berniaga untuk tempoh 2 bulan sahaja.
Pada tahun berikutnya (2010) kami membuat perancangan rapi di mana kami membuka 2 booth promosi bersempena raya di Plaza Angsana (JB) dan juga Danga City Mall (JB). Pelbagai cabaran yang kami tempuhi dari ingin mencari pekerja, pengangkutan, tempat tinggal, sususan shift dan 1001 masalah lain. Kami berjaya mencari 5 orang pekerja sehari sebelum booth dibuka! Yohooo....
Walaupun kami tak dapat mencapai target yang telah kami sasarkan, kami bersyukur kerana pengalaman yang berharga ini mempunyai nilai yang tidak kami boleh dapat samakan dengan yang sebelumnya. Kami pasti sedikit sebanyak pengalaman ini pasti mendewasakan kami dalam bidang perniagaan dan boleh kami gunakan di masa akan datang.
“Kegagalan itu sebahagian dari kejayaan”.
Apabila kami telah melangkah, kami tidak lagi menoleh ke belakang. Pada akhir tahun 2010, dengan izinNYA, kami telah berjaya membuka butik pertama kami di Danga City Mall, JB. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana perasaan kami apabila berjaya membuka butik kami sendiri setelah bersusah payah mencari lokasi terbaik untuk meneruskan cita2 kami meluaskan empayar perniagaan kami. Ini diikuti pula dengan pembukaan butik kedua di Plaza Angsana, JB 3 bulan selepas itu. Jika sebelum ini kami hanya menjalankan perniagaan kami berdua, kini kami mempunyai 4 orang staff yang ditugaskan menjaga dan dalam masa sama bekerja sebagai jurujual. Di sinilah kami lebih banyak belajar selok belok menjalankan perniagaan; memilih pekerja, motivasi, pengurusan kewangan, stok, masa, promosi, persaingan, menjaga pelanggan dan banyak lagi. Pengalaman ini amat bermakna dan serba sedikit membantu kami untuk bertahan walau dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang hadir.
Pada tahun 2011, untuk promosi Raya, kami mempunyai 4 cawangan (dua di Plaza Angsana, dan dua di Danga City Mall DCM)) dimana kami menggajikan seramai 7 orang pekerja utk memantau perkembangan dan jualan semua cawangan kami. Walaupun kami membuat lebih lokasi berbanding tahun lalu, jualan kami mula merundum dan tidak dapat mencapai target sasaran yang ditetapkan. Salah satu punca keadaan ini berlaku ialah pasaran yang semakin hebat dengan kenaikan harga barang yang agak mendadak dan ekonomi pelanggan yang tidak stabil. Lebih memburukkan keadaan, isteri (Pn Zalina) yang terlantar sakit kerana masalah Slip Disk yang berulang juga mengganggu fokus perniagaan kami. Pn Zalina memerlukan jagaan rapi dan bantuan untuk menjalankan kerja harian. Selepas raya, jualan di DCM juga semakin merundum memaksa kami menutup cawangan ini dan memberikan sepenuh perhatian untuk cawangan kami di Plaza Angsana.
Pada tahun 2012, kami mula memasarkan produk kami secara online melalui medium facebook page kami (facebook.com/andienacollection). Jualan agak memberangsangkan berterusan hingga hari raya pada tahun tersebut. Pada promosi raya kali ini, kami tidak membuka booth disebabkan masalah modal. Kami hanya mengharapkan butik tunggal kami di Plaza Angsana untuk membuat promosi hari raya. Sekali lagi jualan tidak menepati jangkaan dan kami semakin teruk berada dalam masalah kewangan. Tapi kami meneruskan perniagaan kami dengan harapan akan ada perubahan yang membolehkan kami survive dalam perniagaan ini untuk tempoh masa yang lebih lama. Dalam masa yang sama, Pn Zalina sudah semakin sarat mengandung dan pada kemuncaknya, pada September Pn Zalina mengalami pendarahan yang memerlukannya untuk berehat panjang dari menjalankan tugasan kerjaya atas nasihat doktor pakar untuk memastikan kandungan dapat diteruskan sehingga tempoh kelahiran. Alhamdulillah pada tarikh 12 Dis 2012, lahirlah zuriat kami yang sulong yang diberi nama Andi Izz Iman. Segala-galanya berubah, masa tidur, ambil cuti tambahan untuk menguruskan bayi yang tidak sihat dll.
Tahun ini, 2013 bukanlah satu tahun yang diingati kerana perniagaan butik kami terpaksa ditutup kerana masalah kewangan yang meruncing disebabkan jualan yang menurun dan juga fokus yang terpaksa diberikan pada anak kecil yang memerlukan jagaan rapi.
Namun, kami masih meneruskan perniagaan butik secara online yang kami mulakan sejak 2012 kerana kami percaya perniagaan online juga boleh mendatangkan hasil yang lumayan jika kami mempunyai sistem yang bersesuaian. Dari kami memulakan perniagaan di tahun 2008 hingga sekarang, kami sebenarnya masih bekerja di syarikat swasta dan kerajaan. Kami percaya satu hari nanti kami boleh menumpukan sepenuh masa pada perniagaan kami kerana kami tahu 90% punca pendapatan datangnya dari perniagaan. Segala dugaan dan cabaran yang kami lalui mendewasakan kami dan kami pasti dengan usaha dan izin Allah, kami akan kembali dengan lebih cawangan dan perniagaan dalam pelbagai bidang. Kami mahu Melayu menjadi tunjang ekonomi di Malaysia dan pasti kami juga ingin membantu rakan2 lain berjaya dlm bidang ini. Amin.
Nukilan untuk perkongsian.
Andi & Ina
Pengasas Andiena Collection
017-779 7900 /7879
facebook.com/andienacollection
No comments:
Post a Comment