
Assalamualaikum semua!
Apa khabar anda semua? Harap2 semua jawab, SANGAT BAIK. Setiap jawapan ada membawa makna lebih2 lagi kepada yang menjawab itu. Jadi kalau kita sekadar menjawab, BAIK, itu adalah jawapan traditional. Tetapi menjawab SANGAT BAIK bermakna kita memberi tahu bahawa kita senantiasa berada dalam keadaan yang TERAMAT baik dan akan berkekalan senantiasa.
Sudah lebih 9 bulan sejak kali terakhir mengisi ruangan di dalam blog ini. Mungkin ada yang fikir, inilah dia blog orang Melayu, panasnya seketika sahaja. Mungkin ada juga yang kata, entah2 org yg menulisnya dh takde! Walau apa pun kata org, saya cuba ambilnya sebagai pembakar semangat saya utk terus mengisi ruangan ini. Insyaallah kalau diizinkan Allah, saya cuba untuk mengisi ruangan ini sekali seminggu.
Dalam tempoh 9 bulan yg berlalu, bermacam2 telah saya lalui. Saya habis kursus keusahawanan pada awal Mac. Kemudian saya pergi bercuti bersama keluarga di taman keriangan di Genting. Dan kemudian 'lepak' seminggu di rumah dan seterusnya mula bekerja di sebuah company di Senai sejak awal April. Dalam masa yang sama saya masih meneruskan bisnes yg saya ceburi sejak dulu dan masih menaruh harapan utk membuka Pizza Ozzi satu hari nanti. Walau apa pun, saya bersyukur masih sihat sehingga kini walaupun ada ahli keluarga saya yang terpaksa duduk di hospital kerana masalah kesihatan.
9 bulan bukan satu tempoh yg singkat, tapi bukan juga satu tempoh yg terlalu panjang. Masih banyak perkara yg bermain di minda yang kekadang mencetuskan satu atau lebih ilham yang baru. Permainan duniawi memang panjang dan mencabar. Tak semua manusia mampu menangani rintangan yg terpaksa dilalui. Saya juga tk terkecuali dr rintangan2 itu. Tapi apa yg penting, kita cuba yang terbaik utk 'menakluki' rintangan itu. Samada berjaya atau tidak, itu persoalan kedua. Insyaallah kalau betul2 diusahakan, pasti ada kejayaan yang menunggu. Tapi kalau tk berjaya, anggaplah kegagalan itu sebagai batu loncatan atau penghalang yg lebih bersifat sementara utk lebih berjaya di masa hadapan.
Saya 'berjaya' membuka booth utk Hari Raya yg lalu di sebuah shopping complex yg terkenal di JB. Berbagai rintangan yg saya lalui dlm tempoh tersebut kerana ini kali pertama utk saya. Alhamdulillah, usaha saya itu membuahkan hasil dan skrg saya sdg merancang utk next year's booth. Apa yg ingin saya katakan disini, dlm apa pun yg kita buat, kalau kita bersungguh2, Allah akan tunjukkan jalannya.
Semoga kita berjumpa lagi di ruangan akan dtg. Salam mesra dan selamat mengharungi hari anda dengan riang gembira.
No comments:
Post a Comment