Assalamualaikum & Selamat Pagi,Apa khabar semua? Khabar baik and cemerlang! Term baru yang saya hendak ketengahkan, "cemerlang". Apa sebenarnya yang hendak kita capai hari ini? Hari yang baik, planningnya pun baik, dan diharap dapat dicapai dengan cemerlang. Kita akan cuba letak istilah cemerlang dalam minda kita supaya ia dapat memberi semangat berterusan untuk meneruskan hari ini hingga malam nanti kelak.
Jadi apa yang kita nak bincangkan hari ini? Kalau ada yang mengikuti blog saya terdahulu, saya telah diberhentikan kerana syarikat tidak mampu menanggung pekerja yang berlebihan disebabkan order yang semakin berkurangan. Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk menilai option saya untuk meneruskan hidup ini.
Selepas berfikir panjang, inilah option saya:-
1) cari kerja lain (bidang engineering spt kerja sebelum ini)
2) teruskan bisnes tudung yang saya sudah buat dulu
3) teruskan bisnes MLM
4) buka restoran makanan (tengah ikuti kursus sekarang ni)
Jadi, kalau dilihat dari option diatas, option 1 yang paling lemah memandangkan situasi ekonomi yang teruk(atau mungkin lagi teruk dalam masa akan datang). Resume and application tak pernah putus walaupun saya tahu yang 30 apply mungkin ada satu saja yang akan panggil untuk interview.
Untuk bisnes tudung pulak, sales dah drop especially dari ex-company sebab kebanyakkan customer saya datang dari sana. Manakan tidak, kebanyakkan pekerja adalah wanita, jadi pasaran memang besar. Dengan situasi sekarang, gaji dah kurang, jadi permintaan pun berkurang juga. Namun saya kuatkan semangat untuk teruskan bisnes ni, dan untuk itu saya kena tukar strategi marketing untuk tambah website dan blog. Kali ini say punya target nak dapatkan customer dari seluruh Malaysia dan juga international market.
Untuk bisnes MLM, saya nampak potensi bisnes ini. Saya tahu tak semua orang bersetuju dengan saya, itu pandangan masing2. Saya dah nampak orang2 yang berjaya dan kesediaan mereka untuk membantu saya. Jadi saya akan teruskan bisnes ini. Jika ada yang perlukan bantuan atau nasihat, saya tak kedekut untuk berkongsi. "Kejayaan bermula dari pilihan yang betul".
Last but not least, last option, buka restoran. Ini memang cita2 saya sejak saya habis belajar dulu. Dan ia adalah restoran pizza. Saya nampak peluang ini ada potensi di M'sia memandangkan jumlah restoran pizza yang dibuka. Saya dah buat study serba sedikit mengenai pasaran di M'sia. Cuma satu masalah saya, iaitu modal yang diperlukan 'quite' besar. Buat masa ini, saya tak katakan option ni berakhir di sini, tapi saya perlukan lebih masa untuk membuat final decision. Even kalau saya tak pilih option ni sekarang, ada kemungkinan masa akan datang saya nak ceburkan diri dalam bidang ini.
Kesimpulannya, saya belum kehabisan option lagi! Cuma saya perlu buat penilaian terperinci untuk setiap option supaya jawapan akhirnya akan memberikan satu petunjuk kepada diri saya, haluan mana yang saya nak ambil. Namun, satu yang saya pegang dan percaya, 9 per 10 dari rezeki datangnya dari urusan perniagaan.
Kita jumpa lagi esok untuk topik2 yang lebih menarik!
Fiki-fikirkanlah.. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Pilihan terletak ditangan Kita...
ReplyDeleteInsyaA..rezeki di tgn Tuhan
ReplyDelete