My beloved boutique....

My beloved boutique....
You are inspired!

Friday, April 22, 2011

101 Wish list (part 4)

Assalamualaikum semua,
Apa khabar semua? Sangat bagus kepada yang sihat. Kepada yg kurang sihat, itu maknanya tuhan masih ingatkan anda dan ingin memberi anda peluang utk menilai nikmat KESIHATAN.

Seperti yang saya janjikan, saya ingin menyambung Impian saya agar ia makin 'lekat' di kepala saya. Doakan semoga saya dpt mencapai semua impian saya. Dan saya juga berdoa yang ANDA juga dpt mencapai hasrat & cita2 yg telah di impi-impikan. AMIN.

31) Memiliki 20 jenis perniagaan
Lagi byk biz, lagi banyak masalah org yg boleh diselesaikan.

32) Memiliki minimum 10 outlet utk setiap jenis perniagaan
Byk outlet bermakna banyak tpt org boleh mencari produk yg saya edarkan.

33) Memiliki sebuah helikopter peribadi
Mudah utk hulur bantuan kpd org yg memerlukan di kwsn pedalaman.


34) Memiliki rumah percutian
Lokasi: Semua negeri di M'sia
Saya suka mengembara, krn jauh perjalanan luas pengalaman.

35) Menyumbang tenaga utk projek amal
YA, ini penting utk mengenali dan lebih rapat dengan masyarakat dan mengeluarkan tenaga bila diperlukan
.
36) Memulakan projek ternakan haiwan (lembu, kambing)
Abah saya memiliki beberapa kebun kelapa sawit. Ada peluang utk menceburi bidang baru; penternakan

37) Menaiki gunung2 tertinggi di M'sia & dunia
Kinabalu, Everest...I'm coming...

38) Mengembara menaiki basikal ke seluruh negara
Berbasikal merupakan aktiviti sewaktu kanak2, bagus utk depraktikkan utk mengembara.

39) Mengembara menaiki caravan ke seluruh Australia (nice country)
Wow! Tak sabar hendak membawa keluarga utk makan angin yg sungguh menakjubkan.

40) Menganjurkan majlis makan2 keluarga yg paling meriah
Makan bersama keluarga yg besar mmg seronok, lebih2 lg kalau kita yg memasak, mesti marvelous....

Jumpa lagi di post lain.

No comments:

Post a Comment