Hujung minggu yang mencabar bagi saya dan isteri. Isteri yang tidak sihat dan juga terpaksa mencari pekerja ke-3 utk menjaga kedai. Namun ia bukan penghalang utk melakukan seperti yang dirancang.
Saya dpt pergi ke kedai utk mengubahsuai lampu kereta saya yg masih di bengkel mengecat. Saya juga dpt menyelesaikan beberapa perkara yang telah dirancang lebih awal. Cuma satu yg saya tak dpt buat iaitu balik ke kampung bertemu dgn Mama & Abah. Tidak mengapa, insyallah hujung minggu ini, saya dan isteri akan mengunjungi dgn mereka.
41) Membiayai pendidikan anak-anak ke sekolah yang terbaik di dunia.
Anak merupakan tanggungjawab yang besar. Jadi adalah baik jika saya boleh memberikan yang terbaik utk mereka.
Bidang pertanian merupakan salah satu bidang yang ingin saya ceburi. Pasti menarik jika impian saya utk memilikinya menjadi kenyataan satu hari nanti.
43) Memiliki ladang getah
Kebajikan tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi utk amalan yang boleh dibawa hingga ke akhirat kelak.
45) Menubuhkan Yayasan Andiena utk membantu mereka yang memerlukan
Tujuan yang sama, membantu dan beramal.
Homestay merupakan satu bidang bisnes yang baru dan mempunyai banyak potensi. Jadi saya ingin rebut peluang ini dengan sebaiknya.
47) Memajukan kampung halaman di Benut, Pontian hingga menjadi bandar perniagaan contoh di M'sia
Saya selalu berjenaka dengan isteri saya. Saya ingin pulang ke 'Bandaraya Metropolitan' Benut. Ini menjadi matlamat 'senyap' saya.
48) Melancong ke semua 7 Keajaiban dunia
Terlalu banyak yg hendak dicapai. Tapi Allah itu maha berkuasa. Dia akan memakbulkan doa2 hambanya selagi hambanya tidak berhenti utk meminta. Ada yg mengatakan jumlahnya sudah bertambah, wallahua'lam.
49) Mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara
Negara pertama yang ingin saya jejaki ialah Australia, tempat dimana saya menghabiskan tempoh 4 tahun utk belajar. Negara yang terlalu istimewa di hatiku.
Sistem alarm, hiburan (teater, sound sistem).
Ok, setakat di sini sahaja utk hari ini. Hingga bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.
No comments:
Post a Comment